Udang Berlado

Bahan:
1) Udang (satu kilogram yang siap dikupas kulitnya)
2) Cili merah
3) Bawang putih lima ulas
4) Bawang merah lima ulas
5) Lada sulah satu sudu
6) Asam jawa
7) Gula secukup rasa
8) Daun bawang
9) Tomato

Cara memasak:
Tumis cili dengan bawang (yang siap dikisar) kemudian tambah lada dan goreng sampai naik bau. Kemudian, masukkan udang pada api yang kuat. Beberapa minit selepas itu masukkan perahan asam jawa dan sedikit gula sebagai perasa. Hias dengan daun bawang dan tomato. Siap untuk dihidangkan.

Perhatian:
Jikalau anda mempunyai resepi tersendiri. Anda boleh menghantar resepi anda kepada kami
iskandar@losong.com


Free Web Hosting