 |
Resipi Pai Kentang Rangup
Bahan-bahan:
1) Dua sudu besar minyak masak
2) 120 gram lobak merah dipotong halus
3) 100 gram bawang besar dipotong halus
4) 100 gram daun saderi
5) 200 gram daging cincang tanpa lemak
6) 100 cendawan butang segar yang dipotong kecil
7) Satu sudu tepung jagung
8) 250 mililiter air
9) 3 sudu sos tomato
10) Garam dan cili (ikut cita rasa sendiri)
11) 400 gram ubi kentang US Russet
12) 1 sudu besar mentega
13) 125 mililiter susu panas
14) 1/8 lada putih
Cara Penyediaan:
Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana. Masukkan daun saderi, lobak merah, bawang dan goreng sehingga hampir masak kemudian masukkan daging cincang dan goreng sehingga berwarna coklat. Selepas itu, masukkan cendawan dan masak sehingga 3 minit.
Sebati semuanya, masukkan tepung jagung, sos tomato dan air, biarkan sehingga mendidih sekurang-kurangnya 20 minit.
Ubi kentang yang sudah dibersihkan direbus sehingga lembut. Kentang dikisar dan dicampur mentega serta susu. Masukkan garam dan cili mengikut cita rasa.
Selepas adunan sebati, masukkan kentang kisar ke dalam mangkuk dan bakar pada suhu 200 darjah Celsius kira-kira 15 ke 20 minit atau sehingga kuning keemasan dan hidang ketika masih panas.
|  |