Asam pedas Muar
Bahan
1) Asam jawa (mengikut cita rasa masing-masing)
2) Cili kering yang dikisar
3) Sedikit halia, kunyit hidup, bawang besar, bawang putih dan merah
4) Daun kesom
5) Ikan (mengikut pilihan sendiri sama ada pari, merah, tenggiri atau kembong)

Cara memasak:
Halia, kunyit hidup, bawang besar, bawang putih dan merah serta cili kering dikisar bersama. Kemudian tumis ramuan itu sehingga garing. Selepas itu, masukkan perahan air asam jawa pekat atau cair (mengikut pilihan masing-masing). Apabila kuah asam mendidih, masukkan ikan, daun kesom serta bendi atau terung. Tunggu kira-kira 10 minit atau sehingga ikan masak dan masukkan garam secukup rasa. Sedia untuk dihidangkan.

Perhatian:
Jikalau anda mempunyai resepi tersendiri. Anda boleh menghantar resepi anda kepada kami
iskandar@losong.com


Free Web Hosting