 |
Tom Yam Kepala Ikan
Bahan
Cili kisar
Lengkuas, serai, bawang besar, merah dan putih
Tomato, limau nipis
Kicap sotong
Kepala ikan merah
CARA MEMASAK:
Ambil sedikit lengkuas, serai, bawang besar, merah dan putih serta daun limau purut dimesin sehingga hancur manakala bakinya dihiris. Selepas itu, campurkan semua bahan berkenaan dan dimasak sehingga mendidih sebelum dicampur kicap sotong. Untuk menjadikan kuah tom yam lebih sedap, ia disimpan semalaman untuk semua bahan sebati dan keesokannya ketika dimasak, campurkan kepala ikan merah.
|  |