Aktiviti Kampung Losong Panglima Perang

Majlis As-Syura
Satu majlis As-Syura telah diadakan di Kampung Losong Panglima Perang bertempat di perkarangan surau. Semua masyarakat setempat telah terlibat bagi memeriahkan lagi majlis mengacau sura. Pertandingan mengacau sura juga telah berlangsung ketika penduduk disini asyik dalam keriuhan mengacau sura. Ketika inilah kita dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara semua lapisan masyarakat disini. Acara ini berlangsung setiap tahun ketika datangnya awal muharam.


Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri juga diadakan di Kampung Losong Panglima Perang. Pengerusi dan jawatankuasa pengelola akan menjemput penduduk kampung untuk memeriahkan lagi majlis ini. Majlis ini diadakan di rumah Kesatuan Losong Panglima Perang. Penduduk kampung juga disaran menyumbangkan kuih-muih. Dengan adanya majlis ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim diantara penduduk kampung.


Sukaneka,Pameran Dan Pemeriksaan Kesihatan
Acara sukaneka dan pameran tentang dadah, kemalangan jalan raya dan pemeriksaan kesihatan juga diadakan di rumah Kesatuan Losong Panglima Perang. Acara sukaneka melibatkan semua penduduk kampung. Antara acara sukan yang diadakan ialah bowling padang, tarik tali, perlawanan bola sepak, kukur kelapa, membuat ketupat dan lain lain lagi. Penduduk luar kampung juga digalakkan untuk menyertai sukaneka bagi memeriahkan lagi. Pameran tentang dadah dan kemalangan jalan raya diadakan untuk memberi kesedaran kepada semua penduduk supaya jangan menghampiri dadah dan berhati-hati di jalan raya. Selain pameran, terdapat juga pemeriksaan kesihatan untuk penduduk kampung. Pemeriksaan kesihatan ini adalah percuma dan penduduk kampung digalakkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan.


Pertandingan Bola Sepak
Pertandingan bola sepak terlalu sinonim dengan penduduk kampung, pertandingan bola sepak diadakan selama 2 hari untuk menjadikan pertandingan menjadi lebih sistematik dan teratur. Pelbagai lapisan umur menyertai pertandingan ini, selain itu penduduk kampung juga memberi sambutan yang hangat. Dengan sambutan yang diberikan pertandingan ini menjadi lebih meriah.



Kami telah menyediakan satu ruangan resepi untuk anda semua. Selamat mencuba!




Free Web Hosting