Selamat Datang Ke Laman Web Losong Panglima Perang


Kata-Kata Aluan Objektif Sejarah

Alhamdulillah bersyukur kehadrat illahi dengan adanya ruangan world wide web (WWW) ini maka dapatlah kami memperkenalkan Kampung Losong Panglima Perang di mata masyarakat luar khususnya dan secara amnya masyarakat Terengganu sendiri. Dalam laman web ini juga, kami telahpun menyenaraikan segala aktiviti yang terdapat di Kampung Losong Panglima Perang ini. Dengan adanya ruangan web ini, kami berharap agar segala informasi dapatlah disalurkan dengan lebih tepat dan dalam bentuk yang lebih menarik dan terkini selaras dengan kehendak Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Haji Idris Bin Jusoh untuk meningkatkan lagi tahap kemahiran IT dikalangan masyarakat Terengganu.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-NYA laman web Kampung Losong Panglima Perang dapat diperlihatkan kepada seluruh warga pengguna internet walau dimana jua mereka berada. Semoga dengan adanya laman web Kampung Losong Panglima Perang ini ia akan memberi sedikit sebanyak informasi dan perkembangan terkini yang berlaku di sekitar Kampung Losong Panglima Perang yang diterajui oleh seorang ketua kampung yang begitu prihatin. Beliau adalah Haji Haradzi Bin Harun

.

Laman web ini dibangunkan kerana ingin mencapai objektif yang disasarkan oleh Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Haji Idris Bin Jusoh untuk menjadikan rakyat Terengganu celik IT.

Melalui laman web ini, diharapkan ia bukan sahaja dapat menyebarkan berita tentang aktiviti semasa yang berlaku di sekitar Kampung Losong Panglima Perang, tetapi juga dapat membuka minda dan berfungsi sebagai petunjuk ke arah kehidupan yang lebih baik.

Menurut cerita Tuan Haji Nawang bin Haji Abdullah, seorang lelaki tertua di Kampung Losong menyatakan bahawa kampung ini berasal daripada nama seorang perempuan Bugis yang bernama 'LOSONG' bersama-sama dengan seramai 10 orang hambanya serta 40 ekor anjing untuk menjaga kampung. Namun akhirnya, 'LOSONG' bersama-sama hambanya telah melarikan diri kerana kalah dalam peperangan.

Justeru itu wujudlah beberapa buah kampung yang bermula dengan nama 'LOSONG' seperti Kampung Losong Panglima Perang dan sebagainya



Kami telah menyediakan satu ruangan resepi untuk anda semua. Selamat mencuba!


Free Web Hosting