 |  |  |  |
Daging Kambing Kerutup
Bahan-bahan:
1) Rempah dan serbuk kari daging
2) Cili kering yang dikisar
3) Sedikit halia, kunyit hidup, lengkuas, bawang merah dan putih
4) Serai, kerisik (kelapa goreng ditumbuk), ubi kentang, air asam jawa (satu sudu) dan sebiji kelapa (ambil santan pekat) 5) Daging kambing (mengikut cita rasa masing-masing)
Cara memasak:
Bawang putih, merah dan kerisik dikisar lumat. Kemudian, tumis ramaun itu sebelum digaul bersama rempah dan serbuk kari sehingga menaikkan aroma.
Masukkan sedikit air asam jawa bersama daging kambing dan biar sehingga empuk. Masukkan santan pekat dan kacau sehingga mendidih. Selepas itu, masukkan serai, lengkuas (diketuk), garam serta gula secukup rasa dan ubi kentang. Sedia untuk dihidangkan.
|  |  |  |  |
Perhatian: Jikalau anda mempunyai resepi tersendiri. Anda boleh menghantar resepi anda kepada kami
iskandar@losong.com
|