 |
Ayam Penyet
Bahan A (Goreng dan kisar) untuk merebus ayam 50 ketul
Buah keras 250 gram
Ketumbar 50 gram
Bawang merah dan putih 500 gram
Kunyit 600 gram
Garam 375 gram
Air 20 cawan
Bahan B (untuk menggoreng ayam)
Bawang putih 900 gram
Kunyit 25 gram
Telur lima biji
Bahan untuk sambal penyet:
Cili padi 10 gram
Bawang putih 10 gram
Tepung maizena secukup rasa
Minyak masak dua sudu makan
Cara membuat sambal penyet:
Semua bahan sambal penyet, kecuali minyak panas ditumbuk sebelum dicampur dengan minyak panas dan sedia untuk dihidangkan.
Cara membuat ayam penyet:
Semua bahan A digoreng dan digiling dengan penggiling. Ayam dan bahan A (yang siap digiling) dikukus. Bahan B kecuali telur digoreng dan dikisar bersama telur sebelum dimasukkan garam secukup rasa. Apabila ayam siap dikukus, angkat seketika dan sapukan bahan B (yang siap dicampur) kepada ayam yang dikukus. Selepas itu, goreng dan tunggu sehingga masak. Ayam kemudian dipenyetkan dan siap untuk dihidangkan.
|  |