Pulau Duyong pusat sukan air terkemuka negara

KUALA TERENGGANU: Pulau Duyong di sini yang menjadi lokasi kejohanan perlumbaan perahu layar Piala Monsun bakal menjadi pusat sukan air terkemuka negara, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata, penubuhan Akademi Sukan Pelayaran pertama bernilai RM20 juta di pulau itu akan melengkapkan kemudahan aktiviti sukan air bertaraf dunia yang dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua setengah tahun.

Kita perlu menambah lagi kemudahan lain untuk menjadikan Terengganu amnya dan Pulau Duyong khasnya sebagai satu pusat segala bentuk sukan atau perlumbaan pelayaran.

Saya percaya ini boleh dilakukan kerana kemudahan infrastruktur yang wujud pada waktu ini boleh dianggap baik dan bermutu tinggi,¡¨ katanya pada siding media selepas menyaksikan perlumbaan akhir antara pasukan Alinghi dari Kepulauan Virgin, Amerika Syarikat dan Saba Sailing Team, Perancis dari pentas utama Kompleks Kelab Teluk Warisan, Pulau Duyong, di sini, semalam

Sementara itu pada majlis Makan Tengah Hari Juragan (Commodores), Perdana Menteri dimasyhurkan sebagai Penaung Kelab Pelayaran Teluk Warisan, Pulau Duyong, manakala Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh, sebagai jurugan.

Sebelum itu, Abdullah meluangkan masa kira-kira sejam melawat dua pengusaha bot tradisional di Pulau Duyong iaitu pemilik syarikat Custom Made Wooden Yacht, Abdullah Muda dan Hassan Ali.

Sementara itu, lokasi Kejohanan Perahu Layar Piala Monsun di Pulau Duyong, di sini bakal menjadi lokasi persinggahan kejohanan kapal layar antarabangsa, Volvo Ocean Race 2009.

Penganjur kejohanan itu menunjukkan minat dan yakin terhadap kemampuan Pulau Duyong dari segi kemudahan dan kelengkapan bagi menjayakan kejohanan berprestij itu.

Kejohanan pada 2009 itu bakal bermula di Sepanyol dan melalui Asia Barat, Asia dan berakhir di Eropah. Ketua Pegawai Eksekutif Volvo Ocean Race, Glenn Bourke, berkata pihaknya kini dalam usaha mencari lokasi persinggahan baru bagi mengadakan kejohanan yang bakal bermula Mac 2009 yang buat pertama kalinya melalui Asia.

Beliau berkata, pihaknya dijangka melakukan perubahan dalam laluan kejohanan berkenaan yang sebelum ini hanya melalui lautan selatan membabitkan laluan dari Eropah hingga ke Australia. Selain Malaysia, kami juga sedang meneliti beberapa lokasi persinggahan lain seperti Singapura, India dan China, katanya.


Jom kongsi Artikel:
Anda di pelawa untuk berkongsi artikel anda disini. Tidak perlu di tanya review apa yang boleh di post atau tidak. Asalkan menarik dan informatif. Anda boleh menghantar artikel anda ke iskandar@losong.com



Free Web Hosting