DALAM GOLONGAN MANAKAH KITA TERGOLONG...

Apabila 3 jenis golongan manusia ditanya mereka menjawab.

Soalan1 : Adakah anda solat 5 waktu??
X : Sudah tentu solat itu tiang agama dan berdosa jika kita meninggalkannya.
Y : Solat gak le.. itu pun kalau mak ayah suruh..atau join kawan.. tp ikot mood le..
Z : Kalau solat pun tak khusyuk.. baik tak payah

Soalan2: Adakah anda berpuasa di bulan Ramadhan??
X : Itu juga kewajipan umat islam..maka wajib dilakukan kerana Allah..
Y : Ofcoz la posa malu la kat orang kalau tak posa.. tak posa takleh raya.
Z : Aku solat pun tak.. posa wat pe??

Soalan3: Jika anda seorang wanita, adakah anda memakai tudung??
X : Pakai tudung tu kewajipan & maruah seorang wanita Islam.. so.. faham2 lah ye..
Y : Tudung tu pakai kat sekolah je.. kat luar tayang rambut rebonding lah..
Z : Tudung?? Tak trendy laa.. wat malu je.. jatuh la saham aku

Soalan4 : Apakah aurat bagi lelaki??
X: Diantara pusat & lutut. Budak dejah 1 pun tau..
Y : Antara pusat n ketiak kot tak pasti..
Z : ntah.. tak kesah le.. apa guna spender mahal n bulu peha panjang kalau tak tayang??

Soalan5 : Apa pndapat anda ttg wanita bpakaian seksi & fit??
X : Jelas dia tidak sayangkan agama & tidak ingin menjaga maruah diri & Islam.
Y : Tanya la dia.. mane tahu kain mahal n tak mampu beli banyak.so tpaksa pinjam baju adik
Z : Standard la tu. Takpe tak tutup aurat yang penting hati mesti baik..

Soalan6 : lelaki & wanita boleh bersentuhan tak??
X : Haram batal wuduk.. bukan mahram so jangan le..
Y : Ala stakat salam tu takpe lah
Z : Open la sket.. ape guna ade kapel kalau tak leh sentuh?? Stakat pegang tu takpe la.

Soalan7 : Kalau anda menerima mesej berbentuk dakwah dalam email, apa yg anda buat??
X : InsyaAllah saya akan forward kat teman2. sekurang2nya ade gak usaha dalam berdakwah.
Y : Bace pun tak.. forward ape hal..
Z : Delete terus!!

Dalam golongan manakah kita tergolong?? X, Y atau Z?? tepuk dada, tanya Iman.. Kalau menjadi manusia, jgnlah jadi manusia biasa.. rapuh imannya, longgar jiwanya, sempit mindanya. Jadilah manusia LUAR BIASA.. kental imannya, gah jiwanya, tertib solatnya & Quran juadahnya. Wassalam..


Jom kongsi Artikel:
Anda di pelawa untuk berkongsi artikel anda disini. Tidak perlu di tanya review apa yang boleh di post atau tidak. Asalkan menarik dan informatif. Anda boleh menghantar artikel anda ke iskandar@losong.com



Free Web Hosting